Welcome to calaqisya online store.
Cala Qisya
Sign Up    /    Login    /   
(0) items    /    Checkout
Filter By: Show All EVENTBUSINESSLIFEPRODUCTTRAVEL
WORKING WITH YOUR PARTNER
Monday, November 30, -0001

Saya selalu kena tanya begini, " Macam mana kau boleh kerja dengan bini kau?"

Benda ini aku selalu jawab begini, "Entah...."

Ha, betul saya dan isteri berkongsi tempat kerja yang sama. Saya rasa itu mungkin menjadi impian ramai isteri isteri. Ialah, sedap betul kalau fikir duduk sebelah suami, rehat sebelah suami dan kerja sebelah suami. Ini juga (saya rasa barangkali) menjadi benda paling "minta dijuahkan lah' oleh abang abang...saya fikir secara general yang lelaki selalunya ingin ada kawasan atau suasana lain sikit.

Macam mana pula kalau isteri tu bos? yes, Yana adalah bos saya dan segala yang saya ingin laksanakan di Calaqisya perlu ada kata "boleh b...." atau "U jangan nak mengarut!" Dua perkataan keramat itu saya selalu dengar setiap pagi atau setiap petang atau setiap malam...haha sebab kami kerja sembang tak sudah sudah pasal kerja baik di tempat kerja atau di dalam rumah.

Ya..ya, kadang orang kata jangan campur hal rumah tangga dengan hal kerja. Boleh kacau. Tapi ironinya, hal kerja nilah yang menajdikan hal rumah tangga kami hidup. Mungkin kami suka berbual hal hal kerja dari hal hal "pokemon harus haram ke tak" atau "artis itu curi suami artis ini" tapi, tipulah kami tak borak benda lain pun. Hal semacam "artis itu curi suami artis ini" kami hanya jadikan sebagai iklan dalam sesi borak kami. Yup, Yana hanya tahu seorang artis, Kim Kardashan.

Isu nya, boleh ke tak boleh kita handle isteri kita disamping dia menjadi bos atau rakan sekerja kita?

Ini kena balik pada kefahaman pada "LUMRAH"

Isteri/Wanita secara zahir memang ada sifat melawan. Walaupun kita kata isteri kita jenis baik/membisu/ikut arahan tapi percayalah kalau abang boleh dengar hati dia...dan dan tu dia dah sebuku mencarut dekat abang. Sebab apa? itulah zahir wanita. Dia rasa diri dia perlu dihargai jadi kalau lain sikit dari apa yang dia rasa, dia lawan lah.

Jenis melawan ni ikut peringkat umur dan juga peribadi. Kalau yang muda melawan lain dari yang berumur. Kalau yang surirumah lain melawan dari yang kerja jururawat. Kalau yang ada bisnes sendiri lain lawan dia dari yang makan gaji.

Suami/lelaki lumrah dia mendidik. Tak sudah kerja didik ni tuan puan. Walaupun dapat isteri yang kuat agama sekalipun, kalau datang pada hal hal peringkat rumah tangga ni, suami kena juga turun padang untuk mendidik. Dia banyak ilmu pun, kena pada mood dia...tak bertegur juga kita satu malam. Maknanya? lumrah isteri/wanita ni melawan.

Jadi kalau lelaki sebelum kahwin dah kuat betul demand tak mahu isteri yang tak melawan, nak yang dengar kata alasan konon hantaran dah mahal sungguh jadi wajib dengar kata, sedap lagilah lelaki ni kahwin dengan pokok. Senyap ontok ontok tak berbunyik.

Saya ada juga tanya Ustaz Don, kot kot lah Ustaz ni lain sikit dia punya cara melayan isteri. Kot kot ada tips atau doa. Ustaz don jawab apa, "Samaaaaa jaaa mana mana pun wan"

Bila ustaz yang ilmu dia pun lagi jauh dari saya dah kata begitu, maknanya apa? Lumrah lah! Ustaz sambung bagi satu kisah zaman nabi. Masa zaman nabi kita dulu pun, Aisyah kuat juga rebel. Kuat cemburu dan kuat merajuk. Kata ustaz lah. Banyak kesah Aisyah yang menceritakan dia merajuk dan rebel.

Apa ustaz don cakap? "Sedangkan bini nabi yang sah sah taraf paling tinggi pun ada juga hal hal dalam rumah tangga, inikan kitaaaa ni"

Jadi Suami ni mendidik lah. Kena lawan didik lagi. Kalau didik pakai tangan dengan kaki, macam saya katalah..kahwin dengan pokok la sedap. Jangan lah anggap isteri tu kena ikut sepenuh penuhnya. Dia pun ada juga akal dan kemahuan.

 

Sekian,

Hentakbelipat (hazwan faiz)

A husband and A marketing director

From:

Comments

Be the first to comment.
 
Blog Archieve
Tracking
Track your parcel online
How to Order
View shopping guide here
Help / Customer Service
Contact Us or enquiry
Orders InfoAbout Cala QisyaCustomer ServiceHelp & Questions
CALL 03 55245987
Monday - Saturday : 9am - 6pm
calaqisya@gmail.com
Copyright © 2017 Cala Qisya. All Right Reserved. Powered by Webspert.