Filter By: Show All EVENTLIFEPRODUCTTRAVELBUSINESSE-COMMERCE
TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL : BUKAN BENDA YANG BOLEH AMBIK CINCAI
Monday, November 30, -0001
Saya dan boss atau saya boleh juga panggil dia sebagai Isteri atau nak lebih sedap lagi kita panggil dia Yana boleh dikatakan hampir setiap bulan akan bekerja/bercuti di dalam negara dan kadang - kadang boleh sampai juga ke luar negara. Walaupun nampak benda macam enjoy, tapi sebernya banyak perihal kerja yang diutamakan. Contoh macam saya pergi ke Melaka baru baru ini. Walaupun kami pergi hanya satu hari, tapi beg yang bos (isteri) bawa berat ya tuhan.
 
Kenapa berat sangat neh? saya tanya pada dia. Dia jawab, mestilah kena bawa baju-baju baru nak OOTD nanti dan U kena ambil gamabr I betul betul! Jika ini jawapan yang saya dengar maka betullah yang saya katakan kami lebih bekerja dari ber hooray. Erm, kami memang bekerja dimana-mana kami berada pun. Dan ia memang pengalaman yang hooray juga. Bukanlah kalau ke tempat-tempat yang menarik perlu pergi ke kawasan-kawasan yang indah lalu kena bersandar bahu ke bahu dan ucapkan kata kata jiwang baru nak hooray. Itu kau pergi tengok drama lah. Bersiar-siar sambil berkongsi idea tentang pekerjaan pun benda yang menyeronokkan bagi kami. Kami lah. Kalau kau orang tak tahulah apa yang seronok. Lain orang lain.
 
Jadi dekat sini, kami telahpun ada dua anak perempuan. Walaupun perempuan, tetapi tenaga dan akal macam beruang. lasak ya rabbi. Kita kena plan betul betul kemas untuk mengelakkan histeria di tempat orang. Apa pula kata masyarakat sekitar kalau saya histeria sampai tumbuk jalan tar sebab tak tahan dengan kerenah anak perempuan saya ni kan?
 
 
Okey....
 
Apa yang saya plan adalah:
 
1. Decide antara isteri, mana satu dia hendak handle. Jangan konon suami mistali sangat semua anda mahu jaga. Walaupun nampak sweet tapi sebenanya kerja gila. Jangan peduli kata kata akak facebook konon suami kena ambil tanggung jawab semua. Itu dusta. Saya? Biasalah, hana mesti melekat dekat saya punya.
 
2. Dah kaji waktu tidur anak bila. Masa anak tidur itulah kita boleh rihatkan badan dan boleh menyuap nasi. Jika tidak, nasi banyak berterabur atas perut dari masuk perut. Masa dia jaga, kita boleh jalan dengan syarat...
 
3. Pesan siap siap dekat anak, "hana...hana budak baik, hana kena banyak jalan tau, kalau dah penat baru papa dukung. Hana kan cinderella" main psyco sikit. Insyaallah anak faham.
 
4. Anak conferm akan tantrum. Tak taulah kalau anak anda jenis senyap sepanjang masa. Hana, jenis hyper. Kesabaran kena kuat. Set minda awal-awal yang benda ini mesti jadi. Kena ada plan B seperti cut trip short atau lepak dulu kasi tenang.
 
5. Biasa pilih hotel dekat sikit dengan tempat shopping. Jangan kedekut sangat nanti anda penat + anak buat hal + anda mood hilang + gaduh dengan isteri = padan muka.
 
6. Pastikan lokasi teksi berhampiran. Siap2 dah tau mana nak cari. 
 
7. Perkakas rasmi: pampers/baju salin/wet tissue/bekal air/kudap kudap/toys semua kena ada. Bermakna bawa beg pack. Carrier/stroller ada sama. Beban bertambah jadi plan short trip dulu untuk satu-satu masa. Anak cepat penat. Jangan bantai whole day berjalan. Kesian anak sama
 
7. Berdoalah dekat tuhan. Niat nak bercuti baik insyaallah tuhan permudah. 
 
8. Jangan kerja nak main hp update facebook/ig. Anak hilang lagi sekali padan muka.
 
Itulah serba sikit apa yang saya dan isteri buat sepanjang kami bercuti. Kini sudah tambah dua. Tambah lagi tenaga dan kesabaran. Biasalah kadang-kadang ada cacat cela. Kita bukan cerita drama petang petang semua benda jadi OK.
 
Psst: Nak bagitahu yang pada 31hb ni Calaqisya akan release semua koleksi raya haji yang bagi saya cukup mendebarkan dan merecikkan sesiapa sahaja. Jaga jaga.
 
Yang Benar,
 
Hazwan Faiz (hentakbelipat)
 
A father and A marketing director
From:

Comments

Be the first to comment.