Malaysia Free Shipping for purchase above RM200.
Filter By: Show All EVENTBUSINESSLIFEPRODUCTTRAVEL
SELAMAT TINGGAL CALAQISYA BANGI..... 5 TIPS UNTUK ANDA SEBELUM MENYEWA TAPAK VENDOR/PREMIS JUALAN
Monday, October 10, 2016

Nah,

     Kami telah pun dapat sepucuk surat yang mengatakan butik di bangi telah bertukar tuan dan tuan yang baru mahu guna ruang butik kami sekarang.

Maknanya? Kami haruslah keluar sebelum hujung bulan depan mencari tapak baru.

     Jadi apa yang kami perlu buat? Tidak lah saya teriak wa wa menyalahkan takdir. Bukan itu cara seorang rokes. Bukan juga dengan berak merata di kedai tersebut dan mengharapkan tuan baru itu bengang? Itu perangai orang gila.

Ini ialah dunia perniagaan. Ini ialah resam. Perkara ini perlu setiap peniaga tahu dan bersedia.

Pengajaran yang kita boleh ambil ialah:


1.    Walaupun kita ada butik, belum tentu kita akan selesa sampai ke sudah. Banyak kemungkinan yang kadang tak terfikir langsung oleh kita boleh jadi. Seperti kejadian yang kami alami ini, walaupun kami dah siasat latar belakang tuan kedai sebelum sewa dulu bagi mengelak benda ini berlaku, ia tetap berlaku. Siapa boleh jangka ye dak? Allah kata pindah, kita pindah.

2.    Semasa sewa, jangan lah kita sedap ya amat renovate kedai tu sampai dari kedai bertukar jadi kapal selam contohnya. Belanja sudah la besar, tolak tax ciput pulak, kena pula pindah...memang teriak lah. Teriak sebab teringat modal renovate yang lalu satu hal, teriak sebab kena keluar lagi modal untuk jadikan kedai sedia asal. Wa wa lah seminggu.

3.    Sebelum kita ingin mula menyewa tapak bazaar/tapak lot vendor/premis kedai kita mesti kita perhati sehabis baik AGREEMENT FORM dari tuan tanah. Baca dengan teliti dan kaji supaya apa yang boleh diubah boleh kita ubah mengikut kesesuaian dan juga jaminan kita di masa hadapan. Ubah? yah ramai fikir yang agreement form tak boleh diubah, sebenarnya boleh jika kita faham sistem sewa dengan betul. Paling sedap kalau kita ada peguam dari syarikat kita untuk bantu 'justify' agreement form itu sebelum kita sedap tanda tangan. Mana ada duit nak upah peguam? Itulah kita ni kena hidup bermasyarakat, kalau ada kawan kawan yang peguam minat lah pandangan atau bantuan serba sikit.

4.    Kena ingat yang Agreement form hanya akan bertahan selama 3 tahun paling kuat dan kebiasaan hanya selama 2 tahun sahaja. Selepas tamat kita perlu faham yang kebarangkalian sewa akan naik amat tinggi mengikut corak atau rate semasa sewaan di tempat itu. Kalau masa kita sewa tempat itu kuat sungguh bunyi gagak dan cengkerik dan selepas 2 tahun kawasan itu maju dengan jayanya, sewa pasti akan naik sesedap 30% atau kadang kadang boleh jadi 80% mengikut hawa nafsu tuan tanah itu. Inilah sifat sifat property investor ya tuan puan. Kena faham cara mereka berniaga.

       Hasil jualan pun kenalah ada perubahan selepas 2 tahun itu untuk boleh kita tampung kadar sewa yang tinggi. Jika hasil jualan kita masih sama atau makin menurun, benda ini bakal menjerut dan akan menyebabkan kita histeria tak kira waktu. Kesudahnya? kita akan dibawa kesudut yang tirus dan pilihan menjadi sempit iaitu pindah atau buat sesuatu dengan perniagaan kita dengan segera.

5.    Kena ingat, ini juga salah satu bentuk persaingan. Setiap peniaga kena memiliki hati yang liat dan keras macam selipar jepun. Perlu memiliki daya akal yang tajam dan rasional. Dan perlu juga menaruh sepenuh percaya bahawa Allah itu sebaik baik perancang. Kita sudah ok punya rancang, ingatlah yang dia juga lebih hebat merancang.

 

Calaqisya di awal pembukaan 2 tahun lepas


     Jadi nak buat apa ni? Tujuan kena capai juga. Matlamat kena sampai. Itu sifat yang perlu ada dalam setiap usahawan atau peniaga. Reverse tidak sekali kali ada dalam kamus jiwa rokes kami. Selagi ada hayat, seorang peniaga kena teruskan berniaga, sebab apa?

     Allah dah bagi kita pintu berniaga bermakna Allah tahu kita boleh berniaga, jadi ujian ujian itu supaya kita tak lupa diri dan tahu untuk kembali menyerah diri pada Dia. Sekuat mana ujian yang kena, pastinya itu masih dalam keupayaan kita untuk hadap. Jangan risau Allah dah janji.

     Yup memang ada rasa sedih sikit dan terkilan bila ingat balik calaqisya is among the first boutique yang start masuk dekat area bangi sentral sebelum kawasan tu jadi brand booming. We are glad and we hope that by any chance calaqisya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada naik nya trend di kawasan itu, alhamdulillah.

    Kita kini dizaman yang sungguh mencabar dan sangat berdaya saing. " Survival among the riches ". Jadi untuk masa ini, kami tak berani untuk ambil risk yang tinggi untuk pindah dan bukak new boutique di area situ (dah spend duit suddenly kedai kena jual pulak lagi memang teriak tak sudah) even ada beberapa pilihan yang sedap untuk kami bertahan di Bangi dan GST payment pulak is just around the corner jadi nangis lah kalau nak spent amount yang banyak for now.

 

     Jadi secara rasminya,Calaqisya tidak akan ada di kawasan bangi lagi sehinggalah Allah beri kami rezeki lagi. doakan okeh #calaqueens hihi

 


.
Okeh? Ha itulah kata kata hikmat "dipijak pijak tak akan mati"

From:

Comments

Displaying 1 to 3 (of 3 reviews) Result Pages: PREV1NEXT
Friday 24 February, 2017
Ms white Monday 10 October, 2016
La.... kenapa. Carilah tapak lain.
masturaramli89.mr@gmail.com Monday 10 October, 2016
Tolong bukak di seremban pula... atau di area mydin senawang... banyak bangunan kedai baru naik kat