Malaysia Free Shipping for purchase above RM200.
Filter By: Show All EVENTBUSINESSLIFEPRODUCTTRAVEL
12 STEP UNTUK JADIKAN UMRAH ANDA DENGAN ANAK YANG AKTIF LEBIH LANCAR!
Wednesday, March 8, 2017

Mengerjakan umrah dengan anak anak perempuan saya yang begitu bersemangat serta tiada makna duduk diam dalam kamus mereka bukanlah hal hal kacang. Segala persiapan kena betul serta ready

Apa yang saya plan adalah:


1. Dari rumah di sini lagi kena ada jadual suami dan isteri siapa ke masjid tak kira di madinah atau mekah. Yang mana kena stay hotel dan mana yang boleh pulun di masjid. Ya tuan puan ramai yang kata alangkah elok duduk bersama dengan anak-anak di masjid suami isteri #relationshipgoal kononnya.

Tapi jujurnya yang banyak ditinggalkan anak mesti pada isteri. Jadi untuk elak dari hati isteri yang bersih menjadi hijau, eloklah ada sesi toleransi. Kalau anak tuan puan yang boleh duduk senyap 3-2 jam lain cerita. Macam saya, ada waktu saya dapat qiam sampai subuh dan dhuha. Dan waktu itu isteri di hotel jaga anak anak. Ada waktu saya dapat maghrib dan isyak dan sebegitulah sebaliknya.

 


2. Boleh nak try bawak anak anak sekali solat di masjid tapi cari tempat yang lapang untuk mereka bebas bergerak. Kalau di madinah senang ada bahagian budak bahagian belakang. Di mekah tak ada, jadi saya bawa anak ke bumbung sebab sana ramai anak arab boleh jadi member dan tak ada kawasan hazard seperti tangga.

 


3. Pesan siap siap dekat anak, "hana...hana budak baik, ni rumah allah, allah suruh hana solat. Jangan bising nanti allah marah. Hana kan allah sayang" main psyco sikit. Insyaallah anak faham.


4. Anak confirm akan tantrum. Tak taulah kalau anak anda jenis senyap sepanjang masa. Hana jenis hyper. Aisyah lagilah jenis hyper 4G unlimited. Kesabaran kena kuat. Set minda awal-awal yang benda ini mesti jadi. Kena ada plan B seperti solat sambil dukung. Pesan mak saya "kena sabar dengan anak anak...kalau kita sabar awal-awal, sampai habis akan sabar. Tapi kalau tak sabar sampai habis tak sabar" alhamdulillah pesan mak saya ikut dan menjadi. Ini kerana....


5. Saya berdoa kaw kaw disini bagilah anak anak jadi duduk diam dan tidak banyak kerenah supaya permudahkan saya tunai umrah, rupanya allah bagi sabar yang lain macam. Anak anak tetap seperti biasa riang dan cergas tapi saya sabar lain. Hal yang kebiasaannya dah boleh terbalik bas saya tolak sebab geram jadi steady dan tersenyum


6. Biasa pilih hotel dekat sikit dengan tempat hotel. Jangan kedekut sangat nanti anda penat + anak buat hal + anda mood hilang + gaduh dengan isteri = padan muka.


7. Perkakas rasmi: pampers/baju salin/wet tissue/bekal air/ubat/kudap kudap/toys semua kena ada. Bermakna bawa backpack. Carrier/stroller ada sama. Beban bertambah jadi bahagi lah mana nak bawak. Masjid madinah dan mekah tak boleh bawa masuk stroller. Harness juga boleh guna tapi Aisyah tak makan. Habis semua orang dia balut.

 


8. Anak mesti bosan terperap dalam hotel. Ambik sikit masa petang bawa main dekat laman luar masjid. Ada banyak benda dia orang boleh explore

 


9. Berdoalah dekat tuhan. Niat nak ibadah tempat paling suci insyaallah tuhan permudah.


10. Waktu tawaf, kalau nak bawa anak anak baik senang guna kerusi roda. Itupun kalau anak duduk diam. Tapi kenalah tawaf dekat tingkat 2. Trak besar sikit. Jangan bawa di laman utama. Panas boleh bawa ke demam satu hal, anda sondol tumit orang satu hal. Jangan biar ibadah orang diselitkan makian yang sia sia. Hormatilah orang lain. Saya tawaf sunat pernah dukung hana. Tapi pilih waktu yang rilek sikit. Anak anak jadi takut sebab orang ramai sangat.

 


10. Kalau anak seorang boleh guna carrier. Tapi jaga juga pampers sebab najis. Lepas seround tawaf rilek dulu check pempers, kasi anak zam zam dan sebagainya. Jangan gopoh.


11. Hal saie juga sama seperti tawaf cuma saie tidak perlu ada air sembahyang. Jadi rilek sikit boleh pimpin tangan suami isteri. Disini nak #relationshipgoal tak ade hal


12. Jangan kerja nak main hp update facebook/ig. Pulun lah mana yang boleh. Kita bukan duit selambak hari hari dapat ke sana. Walaupun ada selambak duit belum tentu allah jemput. Jadi pulun.

Itulah serba sikit apa yang saya dan isteri buat sepanjang kami tunai umrah. Biasalah kadang-kadang ada cacat cela. Tapi kita reda dan kata itu ujian. Allah uji orang yang terer. Kalau tak terer allah tak pandang.

 

From:

Comments

Be the first to comment.