Welcome to calaqisya online store.
Cala Qisya
Sign Up    /    Login    /   
(0) items    /    Checkout
Filter By: Show All EVENTBUSINESSLIFEPRODUCTTRAVEL
ASSALAMUALAIKUM KEMBALI CALAQISYA BANGI....10 PERKARA UNTUK ANDA AMAL SEMASA DOWN DALAM PERNIAGAAN
Wednesday, March 15, 2017

Seminggu sebelum kami tunaikan umrah, kami dikejutkan dengan satu panggilan telifon. Isi panggilan itu tidaklah menarik mana kecuali pada satu berita yang mana kami akhirnya berjaya untuk membawa Calaqisya kembali ke Bangi. Ya tuhan betapa seronok nya kami ini tuhan sahaja yang tahu. Mungkin orang kata berkat niat untuk ke tanah suci ini ada benarnya ye dak?

Ini menyebabkan saya terus teringat kisah silam.....

Pada 16 september 2016 saya dan ahli-ahli Calaqisya terkejut dengan sepucuk surat bertulis tentang berakhirnya hayat Calaqisya di bangi. Tak ada punca angin tiba tiba dapat berita begitu, jika ikut hati yang tidak beriman, boleh histeria 3 hari 3 malam. Iyalah, jika nak ingat tentang susah payah kami membangunkan Calaqisya ketika kawasan itu kosong tiada siapa pun hendak memang geram lain macam. Walaubagaimanapun, benda hendak jadi kita tidak boleh kata apa. Kena ingat yang tuhan lagi terer

Yah, selepas itu pelbagai usaha dan peluang telah kami cari. Ada peluang yang entah hapa hapa dan tak kurang peluang yang memang tak masuk akal.  Akhirnya berjumpa dengan jalan kecewa dan teriak wa wa seorang diri dalam bilik. Sedih dengan hilangnya bangi satu hal, hilang juga mata pencarian bagi staff staff saya yang sungguh bagus pun satu hal. Tapi yang sedapnya Alhamdulillah ketika kami didalam kegusaran, ramai sungguh member member yang sudi ingin menolong. Ramai yang cuba mencari jalan supaya Calaqisya masih kekal di Bangi. Takbik hormat untuk anda sekalian.

Tapi kalau kita teriak wa wa sampai bengkak mata pun tidak berguna sedikit pun ye dak? Satu pun tidak akan berubah, jadi.....

Perkara yang kami lakukan setelah kami down:


1. Walaupun harapan macam tak nampak nak ada sangat, jiwa yang kuat kena ada. Tidak boleh putus harapan. Sebab ia samalah macam putus harapan pada takdir tuhan. Satu benda yang power untuk kita ingat bila kita hampir hampir putus asa...'cuba kita ingat balik segala usaha kita dok buat sebelum ini, mana satu berbaloi? Give up atau tidak?'

2. Ketika ini kita tidak boleh menjadi kera sumbang dan ketika inilah kita akan sedar betapa penting nya 'Networking' Mereka mereka inilah sumber kita untuk mencari jalan keluar dari terjerumus ke lembah kegagalan. Jangan berat mulut hendak minta pandangan. Ada kalanya pandangan mereka ini boleh pakai tetapi ada juga rasa mahu karate bibir mereka sebab bagi idea yang kelaut kah kah. Tapi apa pun, kena hargai niat mereka ini.

3. Cuba cari mana datang silap kita itu. Iyelah sebab sebelum ini punyalah syok sendiri seperti tiada hari esok dan seperti dunia ini kita yang punya. Jangan rasa segala apa yang kita buat itu semua yang betul.

4. Bila sudah dapat punca yang silap, dekat situlah kita belajar dan belajar supaya di masa hadapan tidak berlaku perkara yang silap lagi. Banyak orang yang tahu mana silap tapi entah apa lah diorang buat pun tak tahu, tengok-tengok buat juga benda yang sama. Ini kita panggil degil nak meninggal. Cari jawapan kesilapan dan insyaallah kita akan nampak sinar di hadapan mata.

5. "Aku dah malas dah nak buat benda ni...nanti fail jugak" ini adalah kata kata seorang yang hatinya tak rokes langsung. Itulah akibat sering mendengar lagu lagu bercorak balada banyak sangat sampai hati pun dah lembik macam span basuh pinggan. Benda ini yang kena jaga sekali. Hati mesti kental. Tidak boleh berasa serik dengan kegagalan. Kalau cepat serik baiklah kita berhenti dari berniaga sahaja dan elok lagi mereput dalam bilik.

6. Sementara kita tengah down atau kedai dah kena tutup sebagai contoh, inilah masa untuk kita kuatkan lagi marketing pada bahagian branding jenama kita. Sebab apa? sebab masa ini budget dah ada lebih sebab dah tak payah bayar fix cost macam sewa kedai, gaji pekerja dan juga bil bil yang lain.

7. Paling sedap, gunakan situasi 'down' ini sebagai satu marketing plan untuk anda raih lagi ramai peminat atau menaik kan lagi brand anda. Iya, jangan tidak percaya...rakyat malaysia memang suka cerita cerita berunsur sedih dan sengsara ini. Emosi mereka cepat tersentuh lalu menangis. Kalau kau orang tidak percaya, tanya drama petang petang dekat tv.

8. Jangan lambat bertindak atau lambat hendak buat sesuatu perkara yang baru selepas kegagalan. Seperti Calaqisya, walaupun butik Bangi sudah tiada, kami terus menerus melakukan benda yang baru seperti mengeluarkan koleksi koleksi yang ganas dan berdaya saing. Ini supaya kita tidak beri peluang langsung kepada pesaing contohnya untuk menjadikan hal 'down' ini untuk batu loncatan mereka. Ini juga bertujuan supaya dapat mengekalkan brand kita sentiasa di atas dan tidak terkubur layu di tasik madu.

9.Berdoalah seperti tiada heri esok. Bukan apa, kadang kala tuhan mahu 'melawat' kita sekejap. Dia rindu dengan rayuan dan rintihan kita pada dia. Itu yang dia tarik sikit nikmat.

10. Benda paling penting, jika sudah terkena begini, janganlah kita dok teriak tidak sudah sudah di fb contohnya. Siang malam mengadu nasib pada siapa entah. Kelemahan syarikat jangan di heboh. Hilang positif diri satu hal, buat sedap gelak pesaing satu hal

sekitar suasana ketika jualan penutupan butik


Seperti yang pernah saya bagitahu tempoh hari, tujuan kena capai juga. Matlamat kena sampai. Itu sifat saya dan sepatutnta sifat rata rata usahawan atau peniaga yang lain. Patah balik ke belakang tidak sekali kali ada dalam kamus jiwa rokes kami. Selagi ada hayat, seorang peniaga kena teruskan berniaga, sebab apa? Allah dan pilih kita untuk berniaga maknanya Allah tahu yang kita boleh steady dengan ujian ujian. Orang berniaga memang banyak ujian
.
Okeh? Jadi kepada yang tengah down tak patut sekarang ni, pegang lah kata kata saya ini
.
"dipijak pijak tak akan mati"

 

Dan oleh itu.....

 

SELAMAT DATANG KENBALI CALAQISYA BANGI....WE MISS YOU !! hik

From:

Comments

Be the first to comment.
 
Blog Archieve
Tracking
Track your parcel online
How to Order
View shopping guide here
Help / Customer Service
Contact Us or enquiry
Orders InfoAbout Cala QisyaCustomer ServiceHelp & Questions
CALL 03 55245987
Monday - Saturday : 9am - 6pm
calaqisya@gmail.com
Copyright © 2017 Cala Qisya. All Right Reserved. Powered by Webspert.