Filter By: Show All EVENTLIFEPRODUCTTRAVELBUSINESSE-COMMERCE
KHIMAR : A NEW JOURNEY
Monday, November 30, -0001

Alhamdulillah....

Our Khimar dah masuk pada fasa 2.0 selepas kejayaan yang boleh saya kata amat berjaya untuk Khimar 1.0 pada raya lepas. Yup memang kami tak sangka sebab seperti yang kami beritahu, Khimar adalah sebuah test subjek dimana kami nak tahu adakah kita orang malaysia ready untuk pakaian yang sebegini?

But, alhamdulillah, seperti yang Calaqisya sentiasa beratkan atau juangkan tentang aurat dan juga dignity seorang wanita....Khimar ini cukup lengkap untuk ciri ciri diatas. InshaAllah, Khimar selepas ini akan lebih ramai yang berani menjual dan juga lebih ramai berani memakai sehinggalah ia bukan menjadi pakaian minority.

Yes..yes, ada sesetengah orang mengatakan yang Calaqisya kini sudah "SELL - OUT" atau kata kasar dia "penunggang agama" kerana mengguna pakai sentimen agama untuk naik dan mengaut keuntungan bila Khimar ini keluar. Yeh..yeh jika Calaqisya adalah seperti itu, dah lama kami claim kami sebagai "BUTIK MUSLIMAH PERTAMA YANG PALING ISLAM SEKALI" tulis besar besar dekat social media ye dak?

Walau bagaimanapun, solidariti terhadap pentingnya produk yang dibuat selaras dengan perjalanan produk tersebut masih kami teruskan. Dari segi marketing, dari segi shooting dan terus dari segi penyampaian produk itu mesti kena dengan apa yang niat kita nak. Begitu jugalah dengan Khimar 2.0 ini. Tanggung jawab yang besar untuk kami sebenarnya bila ingin mengetengahkan design seperti ini. Apa niat kami? Apa tujuan kami? dan Apa harapan kami dengan Khimar ini?

Tak lain hanyalah untuk mengatakan yang wanita ini adalah amat berharga dan perlu dipelihara dari segala sudut.

dan KHIMAR ini sendiri terus meletakkan wanita di mana sepatutnya kami harapkan, Insyaallah.

And now we present to you, KHIMAR 2.0 yang akan dilancarkan pada 31hb ogos ini di butik kami.

 

Yang Benar,

Hentakbelipat (Hazwan Faiz)

Bruce Wayne and A Marketing Director

 

 

From:

Comments

Be the first to comment.