Filter By: Show All EVENTLIFEPRODUCTTRAVELBUSINESSE-COMMERCE
5 PERKARA YANG USAHAWAN PERLU SEDAR UNTUK SURVIVE !!
Friday, October 14, 2016

      Ketika ini, di pusat perniagaan yang paling hip sekali di Shah Alam Seksyen 7 telah menyaksikan berpuluh jenama dan juga syarikat buka dan tutup kedai. Saya berada di sana sudah hampir 4 tahun.... saya juga saksi perkara itu.

      Di suatu kawasan yang bernama Bangi Sentral. Ketika siap berdiri 3 baris lot kedai 3 tingkat dilengkapi lif canggih jenis 'touch screen' , juga menjadi suatu impian dan juga angan angan rata-rata usahawan terutama jenis retail fashion. Seolah olah seperti kata-kata keramat "the american dream" yang mana Bangi sentral adalah "the Bangi dream" yang baru setelah beberapa lokasi yang lebih kurang sama dengan Bangi Sentral telah gagal. Bangi Sentral menjadi Hub kepada dunia fesyen. Jenis Muslimah mendominasi suasana Bangi Sentral.

    Ketika ini, saat ini setelah "the Bangi Dream" yang baru itu berusia 2 tahun lebih, turut menyaksikan berpuluh jenama dan juga syarikat buka dan tutup kedai. Saya berada di sana cukup 2 tahun....dan saya beserta Calaqisya juga akan tutup kedai.

    Persoalan disini, sebab apa dan apa yang silap?

    Kalau sebab kontrak dah tamat dan diarah keluar segera....itu cerita lain (saya dah pun beri tips serba sikit post yang lepas )

    Kalau yang kedai baru berusia setahun jagung? Persoalan disini....

 

    HOW TO SURVIVE?

    KIta ini, sebelum masuk pintu berniaga, awal awal lagi dah tahu yang dunia berniaga arus nya sederas sungai selepas hujan lebat. Arus deras tu tak ada rasa penat. Sentiasa deras. Tapi kita kata dalam hati "aku boleh punya" dan terjun dalam arus. Apa jadi selepas terjun? Orang yang terjun dalam arus tadi boleh jadi macam macam. Ada yang pandai berenang. Maknanya, walaupun deras, dia boleh lah ke seberang tebing juga. Ada yang pandai berenang sikit - sikit. Tenggelam timbul juga tapi akhirnya berjaya berenang dan yang paling sedap, terus dah terer berenang. Ada yang tak pandai berenang tapi ada pelampung. Injak - injak guna kaki dalam air, sampai lah juga. Ada yang......hah, kalau nak sebut kebarangkalian keadaan penerjun dan sampai ke tidak di seberang sungai, 5 kali raya pun belum tentu selesai. Maksudnya? DUNIA PERNIAGAAN ITU TIDAK DAPAT DIRAMAL...UNCERTANTIES ! FUTURE IS BLUR.

 

    TAPI, TUAN DAN PUAN..."business, more than any other occupation is a continual dealing with the future" - Henry R Luce

 

    Balik pada soalan tadi, HOW TO SURVIVE?

    PERTAMA

    Sebelum kita mula masuk dalam dunia perniagaan, contohnya nak menjual baju muslimah....kita tanya dulu dekat diri "aku ada passion dalam fashion ke? Ya memang minat fashion sebab suka tengok Nilofa pakai baju dekat rancangan Meletup, lepas tu suka lah jalan jalan dalan Pavi dan erm, selalu tengok tutorial shawl dekat u tube." haha. Jawapan boleh dapat macam macam tetapi yang hendak paling ada dalam jawapan adalah " PASSION "

    Passion dalam bidang fashion, passion dalam bidang makanan, passion dalam bidang kecantikan dan paling penrting PASSION dalam bidang perniagaan. Kalau ada, boleh jalan terus. Perlu diingat, kadang kala passion ini baru nak datang bila kita berani cuba cuba berniaga. Sebab apa? sebab dalam berniaga pun kena ada sifat " WILLING TO SACRIFICE " dan secara automatik kita dah ada 30% passion dalam diri. hah! Contoh macam saya. Tak pernah minat berniaga langsung dari mula lahir.

   Sebab tanpa passion, kita tidak akan mampu bertahan arus yang deras tadi. Kita cepat give up dan menyampah. Kita mula cari alasan sana dan sini. Kita mula lompat lompat jenis perniagaan dan akhirnya? semua menuju ke jalan yang sama.

    KEDUA

    Kenal pasti apa USP (UNIQUE SELLING PROPOSITION) kita. Yalah, benda ini memang kalau fikir sampai sudah pun kita tak jalan bisnes kita. Bukan senang nak cari kelainan dari beribu orang dok menjual dekat luar sana kan? Tapi sebenarnya, USP bukan hanya terletak pada Produk sahaja. Berlambak orang jual produk yang lebih kurang sama tapi tetap ada nilai USP.

 

KEYWORDS DIA IALAH > To offer something that is not available from competitors, habis cerita

     Sebagai contoh : Ahmad jual dan ada service memasang aircond. Ali pun ada syarikat jual pasang aircond. Jenama Ahmad dan Ali jual aircond pun sama. Yelah, jenama aircond bukan banyak macam jenama kepala paip. Tapi Ahmad banyak makan kismis minda. Dia fikir kehadapan sedikit. Semasa servis pasang aircond, Ahmad akan memberi semua pelanggan sebakul buah epal warna mera siap kad ucapan bertulis "terima kasih menggunakan perkhidmatan kami. Kami berjanji akan melakukan kerja dengan penuh bergaya dan cepat!" Selepas siap pasang aircond, dalam masa seminggu, Ahmad akan call customer tadi untuk bertanya khabar. Kalau nasib baik, Ahmad dapat juga nombor telifon anak perempuan customer dan cerita Ahmad ini akan berkahir di kaca tv dengan tajuk " Suri Hati Mr Service Aircond " Amacam?

OK, kadang kala benda USP ini pun akan kita sedar dan mula dibentuk setelah mula berniaga. Pada mula kita sama tetapi akhirnya kita tak serupa.

 

Ini contoh keadaan Calaqisya pada mula mula wujud

 

Ini keadaan Calaqisya setelah 5 tahun

 

Dan ini setelah Calaqisya 7 tahun dan seterusnya

 

Yang mustahak ialah, kita kena sentiasa berevolusi.

    KETIGA

    Sebelum kita mencipta produk atau mencipta servis, kena banyak tanya pada diri WHY!

    WHY WE DO THE PRODUCT, WHY WE OFFER THAT SERVICE AND WHY WE HAVE THAT KIND OF SERVICE.

    Benda yang ramai orang buat ialah WHAT! dan bila soalan ini yang kita ketengahkan sebelum ada produk, kita akan end up memiliki produk yang tinggi nilai USP tetapi nilai market rendah dan paling penting, Passion dalam produk itu tak ada.

    Seperti kata kata Simon Sinek, "PEOPLE DON'T BUY WHAT U DO BUT WHY YOU DO"

 

    Syarikat yang power banyak berfikir WHY dahulu barulah fikir WHAT. Contoh senang kita lihat Dato Syukri. Dia mencipta The Herbs adalah untuk memastikan golongan - golongan pertengahan dan kebawah mampu bermimpi memiliki set tubuh dan wajah yang serupa holywood star yang mana mereka hanya menggunakan produk hi end dan juga teknologi canggih. Dato juga mencipta imej dimana dia berasal dari bawah dan sekarang dan berjaya. Walaupun begitu, Dato tetap tidak lupa asal usul dan masih berkain pelikat dan makan bersila di lantai. Ini menjadikan Dato antara Hero bagi golongan ini. Kenapa dia hendak ke arah golongan pertengahan? Seperti yang di atas, Dato tahu yang makwe makwe damansara hanya sedap guna produk yang hanya boleh dilihat di PAVI atau di pusat bebas cukai KLIA 2 ( ini cara Dato fikir WHY dahulu )

   Macam mana Dato nak jual produk? ( HOW ), Dato banyak buat video yang melihatkan watak Dato yang unik dan iklan iklan Dato banyak yang kearah kemasyarakatan serta humor. Ini masyarakat malaysia paling seronok. Sebab itu.....entahlah malas nak cakap.

  Apa yang produk dato boleh bagi pada kita ? 1001 jenis masalah semua produk Dato boleh handle. (WHAT)

 

    Walaupun pada asalnya kita tidak berfikir seperti Dato, tetapi kita sebenarnya dari masa ke semasa perlu berevolusi produk dan syarikat kita sehingga berjaya mengusai WHY itu. Seperti rata rata usahawan sahabat saya, pada peringkat awal semua hampir sama hanya berfikir WHAT tetapi bila dah dapat rentak barulah nampak perubahan.

 

    KEEMPAT

     Perlu simpan cara berfikir begini, "BEING THE FIRST IS NOT A MATTER BUT BEING BETTER IS WHAT IT IS"

    Ramai yang suka kata begini "saya yang first buat style tudung begitu" , "brand aku yang mula mula keluarkan produk macam tu...barulah kau nak tiru" dan "syarikat aku yang start style marketing tu kot...kau apahal nak tiru"

 

     " THE IDEA ON WHICH THE BRAND/COMPANY WAS ORIGINALLY 'SOMETHING' MAY BECOME IRRELEVENT OVER TIME "

     Jangan risau, sentiasa akan ada orang yang akan ambil kita sebagai inspirasi atau tirubasi atau apa sahaja lah yang sedap kita panggil. Yang paling penting, WHO DO THE BEST IS WHAT MATTERS.

 

     Sebab bila kita penat bergaduh dan mengadu nasib di fb tak sudah sudah akibat geram dengan orang lain, orang itu dah sibuk nak pergi lagi setapak dari kita. Akhirnya, kita hanya habis duduk di mengadap fb sampai ke sudah. Sebenarnya begini, sebelum sesuatu produk itu dihasilkan, pastikan itu adalah yang terbaik, marketing yang terhebat dan gaya yang terkini yang kita mampu lakukan. Bila ada orang buat 'inspirasi' pun kita tak ralat ye dak?

     Sebab kita tahu, yang brand/syarikat kita sentiasa mahukan perubahan dari semasa kesemasa. Sentiasa menyusuaikan diri dengan keadaan dan sentiasa mencari kelainan di hadapan. Itulah kunci sesebuah brand/syarikat sentiasa kehadapan dan survive. Selalu pandang ke Depan.

     " Business ni macam kita bawa kereta di highway. Kita perlu terus ke hadapan. Walaupun setelah memotong kereta lain dan kita perlu pandang kebelakang, kita hanya guna cermin pandang belakang tetapi kaki tetap pijak minyak untuk ke depan "

        KELIMA

    FUNDAMENTAL DALAM PENIAGAAN PERLULAH KITA HANDAL kan terlebih dahulu.

 

    Banyak perkara yang boleh dikupas dalam subjek CAPITAL, STOCKS, MARKETING dan BRANDING ni..tapi saya malas nak tulis banyak banyak. Sekejap lagi anak perempuan dah nak bangun siapa nak selesaikan? baiklah kau orang daftar BIZ TALK dibawah ini. Punyalah sedap nanti kita bersembang hal bisnes memang tak dapat la tempat lain.

 

MARKETING PLANNING TOWARDS RAYA 2017

Bertempat : HQ Calaqisya Shah Alam sect 7, tingkat 2 (waze calaqisya shah alam)
Tarikh : 22 oktober 2016 (sabtu)
Masa : 9 am - 2 pm 
Fee : RM 150/ pax
 
EMAIL TERUS : [email protected]
 
 
 Benda yang paling penting untuk kita ingat, " setiap syarikat/brand perlu pandai menyesuaikan diri mengikut aliran semasa. Dunia business adalah seperti sebuah living organism that must adapt to survive "
 
 
 
Sekian,
 
HAZWAN FAIZ
marketing director of calaqisya and a realist

 

 

 

   

 

From:

Comments

Be the first to comment.